Archive for October 2018

Hai3 .....selamat datang ke Taman Arif.

Di sini terdapat banyak pokok ati-ati. Saya mengidam pokok ati-ati yang pelbagai warna untuk  menjadi koleksi saya kerana daunnya yang bervariasi. Semakin berwarna-warni situasi di taman. Bukannya mudah nak mencari koleksi yang pelbagai,.....hurm...sedang gigih mengumpul koleksi.




Senang untuk menanam pokok ini...semudah a,b,c.




Beberapa pasu pokok ati-ati.


















Pokok ati-ati ditanam berkonsepkan container garden.






Pelbagai rujukan konsep container garden boleh layari di pinterest: 


https://pin.it/3zsgk2pomhstht


Khasiat pokok ati-ati


Jom kita melawat link di bawah:


http://spmodels.net/alqadri/5762/khasiat-pokok-ati-ati/



Pokok ati-ati (solenostemon)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0


Bunga pentas seolah-olah sebutir bintang. Si bunga bintang. Pokok bunga pentas dibiakkan dengan kaedah keratan batang atau menggunakan biji benih. Medium penanaman yang sesuai adalah tidak terlalu menakung air tetapi tidak terlalu poros.

                  Selain itu, pokok ini mudah berbunga jika mendapat sinaran matahari secukupnya. Bunga ini menarik perhatian serangga seperti lebah kelulut dan rama-rama.






Segugus bunga pentas



Terdapat tiga warna iaitu merah, pink terang dan ungu.






Khasiat bunga pentas

Lebah amat menyukai bunga pentas. Mari kita kongsi link berikut:

http://www.kelablebahkelulut.com/2015/02/pokok-lebah-kelulut-pentas-lanceolata.html


Bunga pentas (pentas lanceolata)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai daun yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.



             Pokok janda kaya yang diperoleh berwarna putih melepak. Saya tercari-cari yang warna merah tapi belum terjumpa. Potensi pokok ini akan semakin membesar namun saya percaya jika ruang yang diberi terhad akhirnya akan dapat mengawal tumbesarannya. Lagipun pokok ini tahan lasak. Kadang kala saya lebih teruja memilih pokok yang tahan lasak dan tahan matahari sahaja....kerana memikirkan kos...kos...dan kos...adudu...tetapi misi utama tanaman untuk menyelamatkan lebah dan rama-rama tetap nombor satu.









Nampak atau tidak bunga yang berwarna putih melepak tu? Itulah bunga janda kaya...jangan terkejut heee nama pokoknya begitu, Mengapa agaknya?




            Penanaman dalam pasu besar (container garden). 

Beberapa pokok disusun atur.



Susun atur daripada pokok tinggi ke sederhana dan paling rendah supaya pasu kelihatan seimbang.




Apakah agaknya khasiat pokok janda baik? Sila kita lawati link di bawah untuk mengetahui khasiatnya.












Bunga janda kaya (Mussaenda erythrophylla)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Terujanya  melihat pokok bunga yang bernama matahari...dengan kelopaknya yang besaq....besaq. Jadi saya berazam menanamnya daripada biji benih. Akhirnya berjaya. Nah, lihat meskipun pokoknya baru berputik kudup bunganya. Tidak sabar menunggu.






Bunga baru berputik



Bunga mula mengembang






Akhirnya, semakin terbuka kelopaknya satu persatu dari semasa ke semasa.


Wah, lihatlah ada banyak putik bunga baharu yang tumbuh! Matahariku.



Landskap sekitar bunga matahari


Cara menyemai biji benih bunga matahari seperti di bawah:

http://tanomkinotuan.blogspot.com/2016/09/cara-dan-panduan-menyemai-bunga-matahari.html



Banyak khasiat bunga ini. Selamat membaca. Jom ke link di bawah.

http://lamanartikel.dbp.my/?p=796







Bunga matahari (helianthus annus)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Alangkah mudahnya menanam rose jepun ini daripada keratan batang sahaja.  Cantik jika kita memadankan dengan landskap gantungan dan pasu ala tertumpah seperti di Taman Arif.









Namun pokok ini kalah pada cuaca yang sentiasa hujan kerana tanah yang sentiasa lembab akan menyebabkan fungus menyerang pokok ini.  Lihatlah pokok rose jepun ini telah merajuk tidak berbunga. Nampaknya usaha pemulihan harus dilakukan. Pada entri lain kali saya akan kongsikan cara memulihkannya.











Khasiat rose jepun.


Ingin ketahui khasiatnya? Jom share ke link yang telah disediakan.


http://linaherbs.blogspot.com/2009/11/ros-jepun.html


Rose Jepun (moss-rose) Part 1

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Pokok hiasan seperti zinnia sangatlah menarik. Bentuknya seperti bunga aster. Cuba lihat zinnia-zinnia tersebut. Murid-murid menyusun atur  zinnia mengelilingi pokok pinang dan besi tong sampah yang dikitar semula.





Cantik bukan? Kelopaknya bertingkat-tingkat. Ada bermacam-macam warna bunga ini di taman.












Aktiviti menanam pokok bunga zinnia 




         Tidaklah sukar menanam bunga ini daripada biji benih, Saya menyemai dahulu kemudian menggunakan cawan kitar semula untuk memindahkan anak pokok. Kemudian, barulah diganti ke dalam pot jika sudah mulai tinggi atau ditanam terus ke tanah. Pada ketika ini pokok-pokok ini memerlukan cahaya matahari langsung. Walau bagaimanapun cahaya matahari waktu pagi lebih baik berbanding petang. Pembajaan dan penyiraman juga sangat penting.




Semaian anak pokok sudah meninggi.




Anak pokok sedia ditanam ke dalam pot.




Khasiat zinnia


Mari kita lihat khasiat zinnia.


http://tanaman--herbal.blogspot.com/2014/11/manfaat-dan-khasiat-bunga-kembang.html

Selamat membaca.


Bunga kembang kertas (Zinnia)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Vinca antara pokok bunga lasak yang tahan panas. Saya menanamnya sudah setahun dan nampaknya menjadi penyeri di Taman Arif. Bunga ini juga merupakan tanaman hiasan yang wajib di taman kerana hidup merimbun.










            Bunga ini mempunyai pelbagai warna tetapi warna merah jambu lembut ini lebih bertahan lama dengan cuaca yang ekstrem. Mungkin juga dikenali vinca kampung.  Pernah juga saya membeli beberapa warna yang lain seperti ungu dan merah tetapi  mati akhirnya.


               Penanaman melalui anak pokok yang tumbuh membiak di sekitar pasu bunga dapatlah saya menyalin pokok yang sudah tua. Walau bagaimanapun bunga ini boleh ditanam melalui biji benih. Seronok melihat pokok vinca ini menghiasi taman untuk menjemput lebah dan rama-rama.



Pokok vinca yang merimbun di taman


Rama-rama menghinggap di pokok vinca




Khasiat pokok vinca

Banyak khasiat rupa-rupanya pokok vinca ini. Boleh rujuk link di bawah.


http://spmodels.net/nature/pokok-bunga-kemunting-cina/


Semoga entri ini memberi manfaat.


Bunga kemunting cina (Vinca)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 1

Petunia ada pelbagai jenis di Taman Arif. Jom kita mengenali petunia yang ada.


Desert petunia

           Petunia jenis ini senang ditanam kerana melalui keratan batang sahaja sudah boleh hidup. Walau bagaimanapun batangnya akan layu untuk beberapa hari sebelum hidup subur menghijau. Jadi kita mestilah letakkan di tempat redup dahulu sebelum memindahkan ke tempat cahaya matahari. Atau ditanam terus ke tanah sebagai tanaman pagar. Lihatlah desert petunia di Taman Arif. Saya dan murid-murid akan perbanyakkan pokok desert petunia ini.


















Rama-rama menghisap madu di pokok desert petunia





Petunia


Pokok bunga petunia ini berasal dari Amerika Selatan  dan perkataan petunia tu berasal daripada "petun" yang bermaksud "tembakau" dalam bahasa Perancis. Ini mungkin kerana tumbuhan ini satu keluarga dengan pokok tembakau iaitu keluarga Solanaceae.


              Bunga petunia ini ada bermacam-macam jenis dan warna. Ada warna putih, pink, purple, merah dan kuning. Yang campur-campur warna pun ada, macam merah campur putih dan pink campur putih. Jenis berbunga kecil (multiflora dan miliflora) amat cantik dijadikan pokok pagar, hamparan bunga (flower bed) manakala jenis berbunga besar (grandiflora) sesuai ditanam di dalam pasu atau kotak bunga. Malahan cantik juga jika dijadikan hiasan gantung. Saya letak di dalam sangkar...heee





Petunia dalam sangkar kitar semula.







Bunga-bunga yang telah layu dan lecuh haruslah dibuang kerana jika terkena bunga yang lain boleh menyebabkan bunga itu akan turut lecuh.



Dwarf petunia (Ruelliea)



Related image

Sumber gambar : pinterest






Dwarf petunia di Taman Arif.








Selamat menghias taman.









Bunga petunia

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

- Copyright © Cikgu Nariza - Hentai Ouji - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -