Archive for September 2019
Bingkai gambar yang tidak digunakan lagi boleh mengubah persepsi agar tidak dibuang ke dalam tong sampah kerana tidak dapat digunakan lagi. Sangkaan sedemikian meleset sama sekali. Nah...anda boleh ikat atau sangkutkan pada tempat yang sesuai. Menarik kan? Seolah-olah bingkai bergambarkan taman. Cubalah.
Terdapat bird feeder di situ
Selamat menghias taman:)
Bingkai bergambarkan taman
Tag :
lestari
Read Post : Bingkai bergambarkan tamanTuesday, 24 September 2019
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Bingkai bergambarkan tamanTuesday, 24 September 2019
Pokok bunga sate (angelonia)
Pokok ini senang ditanam secara keratan batang. Tanam sulaman perlu kerana pokok akan silih berganti hayatnya tidak lama. Oleh itu, lebih menjimatkan jika dapat menyemainya.
Bolehlah link di bawah ye.
https://www.impiana.my/ini-cara-sue-pastikan-bunga-satay-sentiasa-lebat-dalam-pasu/
Pokok bunga petunia
https://narizagojes.blogspot.com/2018/10/bunga-petunia.html
Taman kereta sorong (Wheelbarrow garden)
Tag :
lestari
Read Post : Taman kereta sorong (Wheelbarrow garden)Monday, 23 September 2019
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Taman kereta sorong (Wheelbarrow garden)Monday, 23 September 2019
Pokok penghalau nyamuk
Jeremin (Pelargonium radula)
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
Serai

Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iatu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp. Serai juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.
Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan manakala Serai Wangi (cymbopogonnardus) ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Selain itu, juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Lilin atau gaharu diperbuat dariminyak citronella pekat yang boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.
Pokok bangun-bangun/cuban oregano
Terdapat banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi. Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun, amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.
Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.
Selasih (Osimum basilicum)
Pokok selasih mudah ditanam menggunakan keratan batang dan boleh juga disemai melalui biji benihnya sama ada ditanam di dalam polibeg atau pasu selain di atas tanah atau batas. Pokok selasih adalah tumbuhan herba yang banyak akan kandungan khasiatnya.
Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit dan mengurangkan stres. Juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan. Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sup atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.
Aloevera

Gel asli pokok lidah buaya, atau Aloe vera, bagus untuk kulit. Sementara pohonnya, selain untuk hiasan, boleh membantu menghalau nyamuk.
Kesemua pokok penghalau nyamuk berbau busuk. Mungkin baunya itu yang menyebabkan nyamuk tidak suka.
Selamat membaca :)
Selamat membaca :)
Pokok penghalau nyamuk dalam taman
Tag :
lestari
Read Post : Pokok penghalau nyamuk dalam taman
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Pokok penghalau nyamuk dalam taman
Taman Rose Jepun
Pokok rose Jepun amat menarik untuk ditanam di taman. Malah amat mudah ditanam...setakat patah dan cucuk semudah a b c.
Murid menanam pokok
Tanam begini pun boleh juga
Jika ingin mengetahui khasiat pokok, sila link ke entri yang pernah saya kongsikan.
Selamat membaca :)
Moss-rose garden
Tag :
lestari
Read Post : Moss-rose gardenSunday, 22 September 2019
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Moss-rose gardenSunday, 22 September 2019
Basikal terpakai bukan basikal sebarangan tetapi landskap diy ....dicat semula agar nampak baharu. Diberi sentuhan warna terang agar kelihatan menarik...dah nampak dari jauh gituu. Digantung pokok-pokok kecil agar lebih berfungsi sebagai penghias taman.
Proses mengecat.
Gantungkan pokok-pokok kecil, nampak lain dan lebih segar.
Semakin sarat dengan muatan pokok kecil
Apa lagi...marilah cuba. Selamat menghias taman :)
Basikal terpakai sebagai landskap diy
Tag :
lestari
Read Post : Basikal terpakai sebagai landskap diyWednesday, 18 September 2019
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Basikal terpakai sebagai landskap diyWednesday, 18 September 2019
Pokok bunga ros
Meriahnya bunga ros seindah kelopaknya yang mewangi....namun penjagaan yang rapi perlu dilakukan. Banyak musuh pokok ros ni tau. Hanya kesabaran untuk melihat kudup bunga menjadi mekar akhirnya.
Saya perlu pastikan daunnya tidak kuning, rosak dan berkeriting. Pembajaan perlu dilakukan untuk nutrien yang cukup supaya pokok akan sentiasa berbunga baharu. Penggemburan juga haruslah kerap dilakukan kerana pantang pokok ros jika tanahnya keras. Aliran air haruslah poros dan tidak bertakung. Disebabkan pokok ini manja, saya kerap menambah ilmu dengan pembacaan dan petua-petua yang telah dikongsi oleh peminat roses.
Pokok bunga ros di rose garden
Khasiat bunga ros
https://www.impiana.my/ini-khasiat-ros-yang-diceritakan-dalam-kitab-perubatan-islam/
Selamat membaca.
Taman ros (Rose garden)
Tag :
lestari
Read Post : Taman ros (Rose garden)
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Taman ros (Rose garden)
Pokok bunga janda kaya
Pokok bunga ini sangat menyenangkan kerana bunganya tahan lama malah tidak kering untuk berbulan-bulan lebih kurang tiga bulan sebelum kering dan gugur. Pertumbuhannya cepat membesar dan senang untuk dijaga. Kawalan semut perlu kerana serangga itu suka akan pokok ini.
Disebabkan pertumbuhannya, pemangkasan harus dilakukan kerana pokok ini mampu lebih membesar lagi. Lebih-lebih lagi jika ditanam atas tanah.
Sila ke link di bawah untuk mengetahui khasiatnya.https://narizagojes.blogspot.com/2018/10/bunga-janda-kaya-mussaenda-erythrophylla.html
Pokok bunga melur
Sila ke link di bawah untuk mengetahui khasiatnya.
https://narizagojes.blogspot.com/2018/11/bunga-melur-jasminum.html
Selamat membaca :)
Taman tayar (Tyre garden)
Tag :
lestari
Read Post : Taman tayar (Tyre garden)Tuesday, 17 September 2019
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Taman tayar (Tyre garden)Tuesday, 17 September 2019
Kereta sorong amat cantik jika diisi muatan pokok hiasan. Anda mahu cuba?
Proses-proses:
Kereta sorong
Proses mengecat
Seterusnya anda boleh memilih mana-mana pokok yang sesuai, dimulai paling belakang dengan pokok yang tinggi, tengah dengan pokok yang sederhana dan tepi dengan pokok berjuntai.
Petunia untuk tanaman berjuntai.
Sate untuk menaikkan mood english kerana menyerupai lavender.
Mak mertua disusun paling belakang kerana tinggi.
Pokok ru kecil kombinasi hijau muda sesuai dengan warna bunga yang ada.
Harapan saya semoga tip ini bermanfaat. Selamat menghias :)
Kereta sorong muatan pokok hiasan
Tag :
lestari
Read Post : Kereta sorong muatan pokok hiasan
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Kereta sorong muatan pokok hiasan
Meja yang mempunyai laci bolehlah ditanam pokok. Tetapi laci perlulah dibuat lubang dulu ye.
Meja kosong
Laci meja yang telah ditanam pokok bunga lipstik. Kiri dan kanannya pula diletak pokok ala ala lavender gitu heee tak pasti namanya apa.....sesuai kan :)
Pokok bunga lipstik
Nak tau khasiat pokok ini sila ke link berikut:
Selamat mencuba!