Archive for 2018

Bunga balung ayam amat disukai oleh kelulut. Terdapat berbagai varieti pokok bunga balung yang boleh dibezakan melalui saiz pokok dan warna bunga. Pokok ini berketinggian sehingga 1.2 meter. Pokok bunga balung ayam berbatang licin dan membentuk beberapa cabang. Daunnya berbentuk bujur dan tersusun bertentangan pada batangnya. Biji benih bunga ini terletak di bahagian bawah atau pangkal bunga dan ia berwarna coklat atau hitam.


                  Selain ditanam sebagai pokok hiasan, pokok bunga balung ayam juga mepunyai khasiat dalam perubatan tradisional. Ranting atau dahan pokok balung ayam yang ditumbuk lumat boleh digunakan untuk merawat bisul, bengkak dan luka dengan menampalnya pada tempat berkenaan. Air rebusan ranting dan bunga yang dikeringkan boleh diminum sebagai rawatan batuk berdarah, keputihan, batuk dan buasir. Di samping itu, merawat jangkitan saluran kencing,  batuk dan darah haid yang berlebihan, seluruh bahagian pokok direbus dan diminum airnya.

                    Ada juga yang mengatakan pokok balung ayam dapat melawaskan pembuangan air besar dan air kecil dan juga dikatakan baik untuk tenaga batin tetapi tiada sebarang kajian dibuat mengenainya.




Rupanya seperti balung ayam bukan?





Selamat membaca.

Bunga balung ayam (Celosia argentea)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Bunga kosmos


Bunga kosmos terdapat di Taman Arif tetapi dalam kuantiti yang tidak banyak. Saya baru mencuba-cuba menanamnya. Cabaran menyemai menghalang pertumbuhan anak pokok yang banyak. Banyak juga anak pokok yang mati kerana musim hujan. Mari kita belajar menanamnya melalui link di bawah:


http://tanomkinotuan.blogspot.com/2017/01/panduan-menyemai-benih-bunga-kosmos.html




Wah, bunganya  sudah muncul!





Khasiat bunga kosmos.

https://www.khasiat.co.id/bunga/bunga-cosmos.html

Bunga kosmos (cosmos)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Kastuba (Euphorbia pulcherrima) atau poinsettia (/pɔɪnˈsɛtiə/ or /pɔɪnˈsɛtə/)[1][2] adalah tanaman subtropis yang berasal dari Mecixo Selatan dan Amerika Tengah. Poinsettia diberi nama menurut duta besar pertama Amerika Serikat untuk Mexico,[3] Joel Roberts Poinsett,[4] yang memperkenalkan tanaman hias ini ke AS pada tahun 1825.


                 Bunga yang dikenali sebagai bunga natal kerana digunakan sebagai tanaman hias pengganti bunga yang sukar didapati pada musim sejuk. Tanaman perdu ini memiliki ketinggian 60 cm hingga 4 meter. Daun berbentuk oval berwarna hijau tua dengan panjang sekitar 7 hingga 16 cm.




            Bunga yang disebut cyathia bergerombol di hujung batang tersusun dalam rangkaian dan tidak mempunyai daun mahkota, tetapi di bawahnya terdapat daun bahagian atas (disebut braktea) yang berwarna merah tua, merah jambu, dan putih. Daun tanaman bahagian atas yang berwarna menarik inilah yang sering disangka sebagai bunga.




                    Tanaman ini memerlukan sinar matahari pagi, tetapi perlu keadaan teduh ketika hari mulai panas. Di negara beriklim sejuk, tanaman tidak tahan cuaca dingin di bawah 10 °C dan tidak sesuai untuk ditanam di luar rumah.





               Setelah dipelihara beberapa lama, Kastuba sering tidak  lagi berdaun merah seperti waktu baru dibeli. Tanaman perlu diletakkan di tempat gelap dalam jangka waktu lama agar berbunga semula. Malam yang panjang di musim gugur diperlukan bagi tanaman agar boleh berbunga, dan tanaman tidak mahu berbunga walaupun cuma sedikit saja terkena cahaya pada waktu malam. Di kawasan tropika tanaman yang tidak mahu berdaun merah boleh ditutup bahagian atas tanaman dengan kain atau plastik hitam dan dijauhkan dari sinar matahari.

                    Kastuba boleh diperbanyak dengan cara penanaman batang, potongan cabang yang tua direndam di dalam bekas berisi air sebelum ditanamkan ke dalam bekas tanam yang terdiri daripada campuran tanah dan pasir. Sebelum dimasukkan ke wadah berisi air, getah yang ada pada batang harus dilap  terlebih dahulu.



Sumber: wikipedia




Pokok bunga kastuba di Taman Arif



                Pokok kastuba ini pada mulanya orang menyangka saya meletakkan bunga plastik/tiruan heee memang cantik merah mak ngah amboii. Tetapi rumit juga hendak menjaga si pokok nan satu ini kerana fungus suka pada bahagian bawah daunnya. Saya akan semburkan dengan spray awesome atau spray serai. Nampaknya berkesan untuk jangka masa yang agak lama dan saya perlu mengulang semula lebih kurang dua minggu sekali. Selain itu, saya perlu memindahkan ke pasu yang lebih besar sedikit agar  lebih  baik tumbesarannya. Sayangnya ........bukan mudah hendak mendapatkan pokok ini......sukar didapatkan dari nurseri sekalipun.















Bunga Kastuba (Poinsettia)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0
Hai3....demam google saya nampaknya sejak kebelakangan ini kerana berkesempatan belajar seberapa banyak ilmu google semasa cuti sekolah. Sama ada secara tutorial you tube atau e-book. Kekangan masa dan lokasi yang jauh menghalang saya menghadiri bengkel yang diadakan. Jika sudah belajar pun masih banyak yang perlu diulang kaji agar tidak lupa.

Tahun 2018 akan berakhir tidak lama lagi. Masih saya ingat lagi telah beberapa kali saya menghadiri bengkel Cikgu Herry.



Ilmu google docs, google sheet dan google keep menarik hati saya dan saya belajar menggunakan apps canva untuk menghasilkan gambar seperti di atas.


Antara gambar yang sempat diambil sepanjang beberapa bengkel yang sempat dihadiri untuk menambah ilmu PAK21.


























                Ilmu yang sesuai untuk dipraktikkan semasa dalam kelas sangat seronok antaranya spin, jamboard, voice typing,  charades dan lain-lain lagi.


Semoga anda juga tidak jemu menimba ilmu.




Google ohh google

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Kerja-kerja pemulihan pada pokok rose jepun yang rosak telah dilakukan untuk jangka masa pendek kerana kekangan masa untuk menyertai pertandingan lestari. Selepas ini, saya akan kongsikan pemulihan rose jepun pada entri rose jepun part 3 pula.







Aktiviti menanam bunga rose jepun semula




Aktiviti menambah tanah pada batas rose jepun





Aktiviti menyembur racun serangga organik










Hasilnya:





Sudah berbunga




                            Disebabkan masalah rose jepun di kawasan spot, saya perlu mencari idea untuk menarik perhatian rose jepun di tempat spot lain. Nampaknya idea saya menjadi.






Digelar pasu tertumpah




Bagaimanakah caranya? Sediakan pasu seperti tertumpah dalam gambar di atas dan penuhkan tanah. Kemudian, aktiviti menanam.






Aktiviti menanam rose jepun.






Rose jepun sudah siap ditanam. 






Aktiviti mengecat pula. Jika hendak mengecat sebelum aktiviti menanam pun boleh juga dilakukan.




Beginilah hasilnya.




Selamat menghias taman.













Rose Jepun (moss-rose) Part 2

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

Taman Arif bertemakan taman selamatkan lebah dan rama-rama. Oleh itu, menanam pokok bunga hiasan menjadi keutamaan. Apakah yang menarik di taman ini? Jom singgah.



Papan tanda Taman Arif




Tapak semaian



Ada pelbagai landskap barangan kitar semula seperti berikut:



Penyiram mutiara




Basikal dengan muatan pokok-pokoknya



Sangkar mengurung petunia



Pasu tertumpah




Batu hiasan strawberi dan ladybird


Pelbagai pokok bunga hiasan

Terdapat lebih daripada 22 jenis pokok bunga yang terdapat di taman ini. Ada juga yang namanya tidak diketahui. Tanaman hiasan yang berlandskap menjadi penyeri di taman ini. 



Aneka pokok ati-ati



Siantan




Setawar halia merah




Melur



Sepit udang



Gingseng



Bunga butang



Senduduk



Pepatung




Bunga raya



Zinnia



Petunia



Desert petunia




Matahari



Pentas



Dwarf petunia



Ros




Sate



Bunga kertas



Siti Zubaidah




Bunga lipstik



Setiap tanaman hiasan tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Mengagumkan ciptaan Allah. Jangan lepaskan peluang membaca khasiat setiap tanaman tersebut dalam setiap entri.



Selamat membaca dan menjamu mata keindahan bunga-bungaan.
Jumpa lagi.









Taman Arif (selamatkan lebah dan rama-rama)

Author : Yu. Cikgu Nariza Comments : 0

- Copyright © Cikgu Nariza - Hentai Ouji - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -