Bunga janda kaya (Mussaenda erythrophylla)

Pokok Janda kaya atau nama saintifiknya Mussaenda erythrophylla merupakan sejenis pokok renek yang mempunyai daun yang merimbun dan lebat. Ia merupakan sejenis pokok yang sering dijadikan sebagai tanaman hiasan di kawasan bangunan pejabat atau sebagai pokok hiasan di kawasan taman.



             Pokok janda kaya yang diperoleh berwarna putih melepak. Saya tercari-cari yang warna merah tapi belum terjumpa. Potensi pokok ini akan semakin membesar namun saya percaya jika ruang yang diberi terhad akhirnya akan dapat mengawal tumbesarannya. Lagipun pokok ini tahan lasak. Kadang kala saya lebih teruja memilih pokok yang tahan lasak dan tahan matahari sahaja....kerana memikirkan kos...kos...dan kos...adudu...tetapi misi utama tanaman untuk menyelamatkan lebah dan rama-rama tetap nombor satu.









Nampak atau tidak bunga yang berwarna putih melepak tu? Itulah bunga janda kaya...jangan terkejut heee nama pokoknya begitu, Mengapa agaknya?




            Penanaman dalam pasu besar (container garden). 

Beberapa pokok disusun atur.



Susun atur daripada pokok tinggi ke sederhana dan paling rendah supaya pasu kelihatan seimbang.




Apakah agaknya khasiat pokok janda baik? Sila kita lawati link di bawah untuk mengetahui khasiatnya.












Previous Post Next Post