Siti Zubaidah (Hydrangea)

Digelar bunga tiga bulan kerana akan bertahan mekar selama tiga bulan jika berbunga. Proses penjagaan bunga ini tidaklah sukar kerana hanya memerlukan tanah yang lembab serta mempunyai saliran yang baik. Bagi menggalakkan pertumbuhan, pokok ini sesuai ditanam di kawasan yang terdedah pada matahari atau separa teduh. Jika terlalu terik, daun akan layu dan lecuh. Jika terlalu teduh tidak pula berbunga.


                          Warna yang pelbagai menyebabkan ramai orang terpesona akan kecantikannya. Untuk pengetahuan anda, warna bunga ini dipengaruhi oleh kadar potensi hidrogen (PH) tanah. Sekiranya tanah berasid, iaitu di bawah skala 5.5, bunga akan menjadi biru apabila kembang. Sebaliknya jika keadaan tanah beralkali, bertukar pula menjadi merah jambu. Menarik bukan?


                                 Di serata dunia, sifat unik pokok ini mampu merubah warna bunga mengikut kesesuaiannya. Dipercayai mempunyai 600 warna mengikut kategori jenis dan keluarga. Wah, hebatnya! Keindahan rona yang memukau mata. 








Bunga hydrangea ini masih berwarna putih kehijauan





Lihatlah, bunga sudah bertukar warna pink akhirnya. 


                   Yang paling penting, bahagian bunga tidak boleh disiram air. Jika terkena, bunga akan menjadi kecut dan rosak serta-merta. Oleh itu, air harus disiram pada pangkal pokok supaya bunga dapat bertahan.


Ingin tahu lebih lanjut tentang pokok bunga yang menarik ini bolehlah kita mengkaji di link berikut.


https://www.hmetro.com.my/node/99670

Khasiat pokok Siti Zubaidah:

https://kasihilmar.com/tag/pokok-bunga-siti-zubaidah/


Ini pula versi terbaru, pokok yang saya tanam tidak juga mahu berbunga. Geram sungguh. Jadi saya bereksperimen menggunakan baja kompos. Seminggu sekali saya akan mencurah baja kompos yang dikenali sebagai MOL hasil pencarian petua2 yang dikongsi daripada pembacaan saya. Namun, saya tetap juga menggunakan baja sembur dan biji selang 2 atau 3 hari dalam minggu yang sama. Pendek kata...geram sungguh dengan pokok yang bernama Siti Zubaidah. Sudahlah susah hendak mencari pokok ini di nursery...saya beli kali ini pon pokok tanpa bunga. Tawakal saja entah berbunga ke tidak jika saya menjaganya.

Akhirnya, berbaloi juga...yeah2 berbunga juga...alhamdulillah. Itupun encik suami yang perasan. 





Gambar sebelum.









Gambar selepas.









1 Comments

  1. sy dh tanam selama 1 thn tp x berbunga daun je rembun

    ReplyDelete
Previous Post Next Post