Bunga kembang kertas (Zinnia)

Pokok hiasan seperti zinnia sangatlah menarik. Bentuknya seperti bunga aster. Cuba lihat zinnia-zinnia tersebut. Murid-murid menyusun atur  zinnia mengelilingi pokok pinang dan besi tong sampah yang dikitar semula.





Cantik bukan? Kelopaknya bertingkat-tingkat. Ada bermacam-macam warna bunga ini di taman.












Aktiviti menanam pokok bunga zinnia 




         Tidaklah sukar menanam bunga ini daripada biji benih, Saya menyemai dahulu kemudian menggunakan cawan kitar semula untuk memindahkan anak pokok. Kemudian, barulah diganti ke dalam pot jika sudah mulai tinggi atau ditanam terus ke tanah. Pada ketika ini pokok-pokok ini memerlukan cahaya matahari langsung. Walau bagaimanapun cahaya matahari waktu pagi lebih baik berbanding petang. Pembajaan dan penyiraman juga sangat penting.




Semaian anak pokok sudah meninggi.




Anak pokok sedia ditanam ke dalam pot.




Khasiat zinnia


Mari kita lihat khasiat zinnia.


http://tanaman--herbal.blogspot.com/2014/11/manfaat-dan-khasiat-bunga-kembang.html

Selamat membaca.


Previous Post Next Post