Posted by : Yu. Cikgu Nariza Monday 22 October 2018

Vinca antara pokok bunga lasak yang tahan panas. Saya menanamnya sudah setahun dan nampaknya menjadi penyeri di Taman Arif. Bunga ini juga merupakan tanaman hiasan yang wajib di taman kerana hidup merimbun.










            Bunga ini mempunyai pelbagai warna tetapi warna merah jambu lembut ini lebih bertahan lama dengan cuaca yang ekstrem. Mungkin juga dikenali vinca kampung.  Pernah juga saya membeli beberapa warna yang lain seperti ungu dan merah tetapi  mati akhirnya.


               Penanaman melalui anak pokok yang tumbuh membiak di sekitar pasu bunga dapatlah saya menyalin pokok yang sudah tua. Walau bagaimanapun bunga ini boleh ditanam melalui biji benih. Seronok melihat pokok vinca ini menghiasi taman untuk menjemput lebah dan rama-rama.



Pokok vinca yang merimbun di taman


Rama-rama menghinggap di pokok vinca




Khasiat pokok vinca

Banyak khasiat rupa-rupanya pokok vinca ini. Boleh rujuk link di bawah.


http://spmodels.net/nature/pokok-bunga-kemunting-cina/


Semoga entri ini memberi manfaat.


{ 1 comments... read them below or add one }

- Copyright © Cikgu Nariza - Hentai Ouji - Powered by Blogger - Designed by Johanes Djogan -