Archive for November 2018
Hai3....demam google saya nampaknya sejak kebelakangan ini kerana berkesempatan belajar seberapa banyak ilmu google semasa cuti sekolah. Sama ada secara tutorial you tube atau e-book. Kekangan masa dan lokasi yang jauh menghalang saya menghadiri bengkel yang diadakan. Jika sudah belajar pun masih banyak yang perlu diulang kaji agar tidak lupa.
Tahun 2018 akan berakhir tidak lama lagi. Masih saya ingat lagi telah beberapa kali saya menghadiri bengkel Cikgu Herry.
Ilmu google docs, google sheet dan google keep menarik hati saya dan saya belajar menggunakan apps canva untuk menghasilkan gambar seperti di atas.
Antara gambar yang sempat diambil sepanjang beberapa bengkel yang sempat dihadiri untuk menambah ilmu PAK21.
Ilmu yang sesuai untuk dipraktikkan semasa dalam kelas sangat seronok antaranya spin, jamboard, voice typing, charades dan lain-lain lagi.
Semoga anda juga tidak jemu menimba ilmu.
Google ohh google
Tag :
PAK21
Read Post : Google ohh googleMonday, 26 November 2018
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
PAK21
Read Post : Google ohh googleMonday, 26 November 2018
Kerja-kerja pemulihan pada pokok rose jepun yang rosak telah dilakukan untuk jangka masa pendek kerana kekangan masa untuk menyertai pertandingan lestari. Selepas ini, saya akan kongsikan pemulihan rose jepun pada entri rose jepun part 3 pula.
Aktiviti menanam bunga rose jepun semula
Aktiviti menambah tanah pada batas rose jepun
Aktiviti menyembur racun serangga organik
Hasilnya:
Sudah berbunga
Disebabkan masalah rose jepun di kawasan spot, saya perlu mencari idea untuk menarik perhatian rose jepun di tempat spot lain. Nampaknya idea saya menjadi.
Digelar pasu tertumpah
Bagaimanakah caranya? Sediakan pasu seperti tertumpah dalam gambar di atas dan penuhkan tanah. Kemudian, aktiviti menanam.
Aktiviti menanam rose jepun.
Rose jepun sudah siap ditanam.
Aktiviti mengecat pula. Jika hendak mengecat sebelum aktiviti menanam pun boleh juga dilakukan.
Beginilah hasilnya.
Selamat menghias taman.
Rose Jepun (moss-rose) Part 2
Tag :
lestari
Read Post : Rose Jepun (moss-rose) Part 2Tuesday, 6 November 2018
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Rose Jepun (moss-rose) Part 2Tuesday, 6 November 2018
Taman Arif bertemakan taman selamatkan lebah dan rama-rama. Oleh itu, menanam pokok bunga hiasan menjadi keutamaan. Apakah yang menarik di taman ini? Jom singgah.
Papan tanda Taman Arif
Tapak semaian
Ada pelbagai landskap barangan kitar semula seperti berikut:
Penyiram mutiara
Basikal dengan muatan pokok-pokoknya
Sangkar mengurung petunia
Pasu tertumpah
Batu hiasan strawberi dan ladybird
Pelbagai pokok bunga hiasan
Terdapat lebih daripada 22 jenis pokok bunga yang terdapat di taman ini. Ada juga yang namanya tidak diketahui. Tanaman hiasan yang berlandskap menjadi penyeri di taman ini.
Aneka pokok ati-ati
Siantan
Setawar halia merah

Melur
Sepit udang
Gingseng
Bunga butang
Senduduk
Pepatung
Bunga raya
Zinnia
Petunia
Desert petunia

Matahari
Pentas
Dwarf petunia
Ros
Sate
Bunga kertas
Siti Zubaidah
Bunga lipstik
Setiap tanaman hiasan tersebut mempunyai khasiat tersendiri. Mengagumkan ciptaan Allah. Jangan lepaskan peluang membaca khasiat setiap tanaman tersebut dalam setiap entri.
Selamat membaca dan menjamu mata keindahan bunga-bungaan.
Jumpa lagi.
Taman Arif (selamatkan lebah dan rama-rama)
Tag :
lestari
Read Post : Taman Arif (selamatkan lebah dan rama-rama)Monday, 5 November 2018
Author : Yu. Cikgu Nariza
Comments : 0
Tag :
lestari
Read Post : Taman Arif (selamatkan lebah dan rama-rama)Monday, 5 November 2018