Saya kembali lagi! Kembali dengan buah tangan video pengajaran. Video pertama Salam Perkenalan Tahun 4.

Memang sangat lama saya tidak berblog. Banyak masa yang diluang itu saya menuntut ilmu dan mempersiap diri dengan pelbagai ilmu pendidikan untuk memantapkan diri sebagai guru. Kini, sudah tiba masanya saya simpan dokumen sendiri dan berkongsi kepada pembelajar yang memerlukan. Selama ini saya berkongsi dalam facebook, telegram dan youtube. Malah ada yang menggunakan bahan saya dalam blog mereka. Saya mengalu-alukan sangat bahan pembelajaran saya digunakan dengan sebaik mungkin kerana saya menganggap ilmu bukan untuk disimpan dalam peti besi tetapi untuk digunakan dengan berhemah.

    Video Salam Perkenalan telah dikongsi sebanyak 1.1K di FB di kala pdpr ketika itu. Video ini telah menjadi pemangkin kepada diri saya untuk menghasilkan video-video lain yang lebih menarik. Saya lebih menjaga kualiti daripada kuantiti video. Banyak maklum balas yang telah saya terima daripada viewers dan subscribers saya yang selama ini telah banyak menyokong saya. Kata-kata positif membuatkan saya lebih bersemangat. Terima kasih semua :)

1.1K shared




Komen-komen positif



Pautan video Salam Perkenalan Bahasa Melayu Tahun 4 seperti berikut:

BM Tahun 4 KSSR: Unit 1 Jiran tetangga l Halaman 2






Nantikan posting tentang video-video pdpc saya yang lain pula ye. Bertemu kembali. Bye.

Previous Post Next Post