Pokok penghalau nyamuk
Jeremin (Pelargonium radula)
Pokok jeremin ini mempunyai bau yang kuat seakan bau aerosol penyembur serangga. Bau ini terhasil sekiranya kita menyentuh daunnya. Pokok ini boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk kerana akan membebaskan sejenis serbuk halus dengan bau yang tidak disukai oleh nyamuk. Sering dijadikan tumbuhan hiasan dalam rumah kerana berfungsi sebagai penghalau nyamuk.
Serai
Serai adalah tumbuhan yang berasal dari keluarga Poaceae iatu suku rumput dengan nama botaninya cymbopogon spp. Serai juga disebut dengan nama lemongrass, barbed wire grass, silky heads, citronella grass, cha de Dartigalongue, fecer grass dan pelbagai nama lagi. Terdapat 2 jenis serai yang terkenal dan ditanam di Malaysia dengan 2 tujuan sebagai serai makan dan serai untuk perubatan serta kesihatan.
Serai Makan (cymbopogoncitratus) ditanam dengan tujuan untuk dimasukkan ke dalam masakan manakala Serai Wangi (cymbopogonnardus) ditanam untuk mendapatkan minyak pati yang sangat berguna untuk tujuan kesihatan. Minyak pati tersebut digunakan bagi kegunaan luar mengubati sakit perut, angin yang mengakibatkan kembung perut, serta masalah hilang selera makan. Selain itu, juga boleh diekstrak sebagai penghalau serangga (insect repellent). Lilin atau gaharu diperbuat dariminyak citronella pekat yang boleh digunakan sebagai penghalau nyamuk.Tanaman serai wangi ini dijadikan minyak serai atau losyen bagi tujuan kegunaan luaran sahaja.
Pokok bangun-bangun/cuban oregano
Terdapat banyak kegunaan pokok bangun-bangun ini, sama ada untuk tujuan perubatan, untuk aroma masakan dan juga untuk kegunaan dalam industri minyak wangi. Jus dari daunnya dikatakan boleh melegakan beberapa jenis penyakit seperti batuk dan asma. Namun, amalan tradisi selalunya hanya merebus kira-kira segenggam daunnya hingga mendidih dan diminum setelah suam.
Ada juga yang menjadikan daun bangun-bangun sebagai aroma dalam minuman teh. Amalan ini biasanya dilakukan oleh mereka yang menderita sakit asma. Sehelai daun mencukupi untuk secawan teh. Bagaimanapun jika terasa kesan sampingan dari meminum campuran itu hendaklah dihentikan.
Selasih (Osimum basilicum)
Pokok selasih mudah ditanam menggunakan keratan batang dan boleh juga disemai melalui biji benihnya sama ada ditanam di dalam polibeg atau pasu selain di atas tanah atau batas. Pokok selasih adalah tumbuhan herba yang banyak akan kandungan khasiatnya.
Keseluruhan bahagian pokok selasih boleh digunakan sebagai bahan perawatan pelbagai jenis penyakit seperti batuk dan mencairkan kahak, perawatan malaria, mengurangkan panas badan, merawat demam, sebagai bahan tahan sakit dan mengurangkan stres. Juga mengandungi antiseptik, melawaskan sistem pencernaan dan dapat menambah selera makan. Pokok selasih juga adalah sayuran kampung yang enak dimakan kerana baunya yang wangi dan harum. Pucuk selasih biasa dijadikan ulaman/lalapan yang dimakan bersama sambal belacan dan ikan goreng. Daunnya boleh ditambahkan di dalam sup atau masakan daging, ayam atau ikan untuk menambahkan aroma masakan tersebut.
Aloevera
Gel asli pokok lidah buaya, atau Aloe vera, bagus untuk kulit. Sementara pohonnya, selain untuk hiasan, boleh membantu menghalau nyamuk.
Kesemua pokok penghalau nyamuk berbau busuk. Mungkin baunya itu yang menyebabkan nyamuk tidak suka.
Selamat membaca :)
Selamat membaca :)